Sunday 25 May 2014

Dyana Sofia..... Wind of Change?


Dyana Sofia - Teluk Intan

Muda, jelita dan bertenaga, tamparan yang hebat kepada BN apabila DAP menampilkan calon muda. Kritikan yang diterima Dyana jelas berat sebelah apabila wartawan dan pemimpin BN mengajukan soalan kepadanya dengan nada menekan @buli, anak gadis ini pula tidak lokek dengan senyuman walaupun ditekan dan didesak. Inilah angin perubahan yang mahu dilihat masakini oleh orang ramai.

Percaturan politik DAP ini bakal membuahkan hasil apabila kemenangan buat Dyana Sofia hampir pasti walaupun 31 Mei ini menjadi penentunya. Walaupun DAP mampu mengangkat calon-calon yang lebih berkaliber dan berpotensi mereka bertindak sebaliknya apabila mempertaruhkan Dyana Sofia kerana #prktelukintan ini merupakan padang ujian bagi mereka dalam menentukan samada DAP masih memerlukan PKR dan PAS.

DAP sudah hampir pasti sedang berusaha menghasil kader-kader politik seperti Dyana Sofia dan khabarnya sudah terdapat 20 calon yang boleh diharap untuk menggalas #dapmove ini. Mereka adalah Melayu Muda yang liberal, tidak memperhalusi dan menjiwai perjuangan melayu terdahulu, radikal terhadap perubahan dan sanggup berhadapan dengan UMNO dalam apa jua sekalipun, ini adalah antara kriteria untuk menjadi calon #dapmove.

PKR yang lahir dari pecahan UMNO, mula kurang mendapat tempat dihati anak-anak muda kerana dilihat sama korupnya dengan UMNO dengan isu pemilihan parti mereka, manakala PAS yang terbawa-bawa dengan isu-isu lama seperti #hudud dilihat terlalu jumud dan tidak mampu berubah untuk memenuhi kehendak Melayu Muda masakini. Setiap gerak tari politik DAP ini jelasnya menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk berpisah dengan PKR dan PAS. Strategi untuk meletakkan calon-calon Melayu Muda dikawasan parlimen dimana pecahan kaumnya sama rata antara melayu dan cina/india sedang giat dilaksanakan terutama pada kawasan yang sebelum ini dikuasai oleh PKR dan PAS. Terdapat 48 Kawasan Parlimen seperti ini, BN meletakan calon-calon dari MCA dan MIC atas dasar kompromi parti dan begitu juga dengan PAS dan PKR.

BN atau UMNO sudah tentu tidak mampu mengikut #dapmove ini kerana parti komponen dalam BN diselia tadbir dimana mempunyai akar umbi ahli disemua peringkat lebih-lebih lagi dalam UMNO. UMNO satu-satunya parti politik yang mempunyai pensijilan ISO 9001 sudah tentu distruktur dengan baik disemua peringkat. Justeru itu dasar parti mereka sendiri secara langsung memberi kekangan untuk meletakkan calon-calon Melayu Muda yang berpotensi. Sudah tentu mereka terpaksa berhadapan dengan kemelut politik dalaman sebelum berjaya melaksanakan agenda ini.

Konsep “Totalitarianism” DAP ini merupakan “blueprint” yang gagal dikesan oleh UMNO dan BN setelah sekian lama, mereka terperangkap dengan politik dalaman dan hanya akan menyedarinya apabila BN hilang majority kerusi. DAP pula telah mula melaksanakan post-mortem seawal Pilihanraya Umum 1999 apabila Lim Kit Siang kalah dan menerajui “Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik” untuk menyusun semula strategi parti DAP. Politik Malaysia amat mudah dibaca lebih-lebih lagi minda-minda pemimpin BN yang diklasifikasikan sebagai “Politicians textbooks”  menjadikan mereka sasaran mudah.

Bersiap sedialah dengan angin perubahan, marilah kita sama-sama lihat adakah ianya angin sepoi-sepoi bahasa ataupun angin taufan sang durjana.

Moloch of Tolatiarianism - Kena Suntut